Olahan Semula Resepi
Percuma Dari Isz Sweet Pastry Bakery, Ipoh
Tart Gulung Epal Hijau.
Disini Kami ingin beritahu sebuah resepi rahsia kami, bagaimana semua peminat tart di luar sana boleh membuat sendiri Tart Gulung Epal Hijau.
(Sila sediakan pen dan kertas bagi mengelakkan kerugian yang besar dalam hidup anda)
Bahan-bahan yang kami gunakan ialah;
1) 250 gram butter
2) 50 gram gula aising - ayakkan
3) 2 kuning telur
4) Beberapa titis pwarna hijau
5) Secubit garam
6) 350 gm tepung gandum*(boleh tambah sekiranya doh melekit)
7) 50 gm tepung jagung* - *satukan dan ayak
Cara-caranya ialah;
1) Pukul butter dan gula aising hingga berkrim.
2) Masuk kuning telur, pewarna hijau dan secubit garam, pukul biar sebati.
3) Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit, pukul dan uli sehingga menjadi doh.
4) Lenyekkan di atas (plastik bungkusan beras yang tidak digunakan -gunting seperti buka buku) dan buka plastik, kemudian gunakan gunakan Rolling Pin bercorak lurus, dan potong dengan anggaran 8cm (bergantung pada saiz inti.)
5) Letakkan inti jem yang telah dibulat-bulatkan dan gulung.
6)Susun tart atas loyang yang telah dilenser dengan sedikit butter, buat shingga habis.
7) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C atau 160C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada suhu oven masing-masing. Saya bakar pada level oven yg paling atas bagi mengelakkan biskut hangus.
Bahan-bahan inti pula;
1) 6 biji epal hijau - buang kulit - parutkan
2) 1 cawan gula
RAHSIA supaya Tart Gulung Epal Hijau tahan lama;
1) Masukkan epal dan gula dlm kuali/periuk, panaskan dan biar medidih dengan API perlahan.
2) Gaul rata dan sebatikan, kacau inti dengan kerap sehingga betul-betul kering.
3) Angkat inti dan sejukkan sebelum diguna.(PASTIKAN BETUL-BETUL SEJUK BAGI MENGELAKKAN BISKUT DARI BERKULAT)
4) Ambil sedikit inti, kepal-kepalkan menjadi bulat-bulat kecil sebesar biji kurma, ini untuk menyenangkan supaya tangan tidak melekit dan boleh trus diletak di atas doh.
Bahan-bahan hiasan #IszSweet
100 gram Dark Compound Chocolate/Cooking Chocolate
(Kami lebih suka menggunakan Dark Compound Chocolate kerana rasa Coklatnya yang tulen)
Cara-caranya:
1) Cairkan coklat mengunakan TEKNIK double boiler.
2) Masukkan dalam piping bag dan bole zigzag kan di atas tat epal sebagai hiasan.
Jika mahu lebih resepi percuma keluaran ekslusif daripada kami,
Pastikan anda,
1) Sila Kongsikan Dengan Semua Rakan2 FB anda,
2) Invite SEMUA rakan fb anda untuk like page kami
3) Kami sasarkan untuk membuka satu cawangan di sekitar kawasan Ipoh tidak lama lagi.
FACEBOOK: www.facebook.com/iszsweetpastrybakeryipoh
INSTAGRAM : http://instagram.com/isz_sweet_pastry_bakery
BLOG RASMI : http://iszsweetpastrybakery.blogspot.com/
terima kasih diatas resepinya ya..sy mohon gunakan ilmu resepi ini yer..
ReplyDelete